Menarik

Cha peka keselamatan warga Sekolah Kebangsaan Labu Ulu

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah turun padang bagi melihat persekitaran kawasan Sekolah Kebangsaan Labu Ulu yang rosak akibat dilanda ribut tempoh hari.

Cha berkata, mujur tiada kecederaan yang berlaku.

“Saya akan memberikan peruntukan bagi membaikpulih bahagian yang rosak.

“Bumbung yang lama juga akan digantikan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

“Keselamatan guru dan murid sentiasa menjadi keutamaan saya,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button