Berita

Cha sumbang RM15,000 untuk baik pulih sekolah

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyerahkan cek bernilai Rm15,000 kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, Encik Edie.

Cha berkata sumbangan ini adalah bagi menampung kos membaik pulih bahagian dinding dewan sekolah yang telah reput.

“Kerja membaik pulih akan dilaksanakan pada bulan ini.

“Sekolah ini mempunyai lebih seribu orang murid, dan kemudahan sekolah perlu dinaik taraf dari masa ke semasa demi kepentingan murid serta guru,” kata Cha.

Turut hadir Pegawai Khas Cha, Encik Azhar Kassim serta Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Fawzi.

Show More

Related Articles

Back to top button