Berita

Pendaki OKU tawan gunung kedua tertinggi di dunia

SEREMBAN: Encik T.Ravichandran merupakan individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berjaya menawan gunung K2 di Pakistan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, Ravichandran berjaya mengharumkan nama Malaysia dan juga Negeri Sembilan.

“Ia turut membuktikan bahawa golongan OKU mampu membina kekuatan diri.

“Syabas dan tahniah kepada beliau.

“Semoga ia mampu menjadi semangat kepada mereka diluar sana untuk berusaha lebih keras,” kata Mohamad Taufek selepas menyambut balik Ravichandran di KLIA.

Mohamad Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi berkata, Ravichandran akan diraikan dalam masa terdekat oleh Kerajaan Negeri dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Show More

Related Articles

Back to top button