Berita

Cha sumbang RM30,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Taman Rasah Jaya

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menghulurkan sumbangan RM30,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman, Taman Rasah.

“Sumbangan ini bagi menjalankan kerja-kerja mengecat semula dan penyelenggaraan infrastruktur bangunan kuil ini.

“Semoga sumbangan ini membantu pengurusan kuil menampung kos kerja-kerja penyelenggaraan tersebut,” kata Cha selepas menghadiri upacara sembahyang Varaletchumy Viratham di kuil tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren; ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng; Pengerusi Kuil, Encik Gopal; Timbalan Pengerusi Kuil, Encik Raja dan Setiausaha Kuil, Encik Shanmugam.

Show More

Related Articles

Back to top button