Berita
DEEPAVALI: Ravi sumbang barangan dapur kepada 70 penganut Hindu
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah memberi sumbangan barangan dapur kepada 70 penganut Hindu sekitar DUN Sri Tanjung.
Ravi berkata, sumbangan tersebut bagi membantu memeriahkan sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba.
“Saya juga berpesan supaya berjimat-cermat ketika berbelanja memandangkan kita akan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
“Saya juga akan memastikan keselamatan penduduk di DUN Sri Tanjung terjamin,” kata Ravi.