Demi rakyat Jelebu

“Tok, nak minta tolong sign surat sokongan boleh?
“Tok, anak saya sakit nak guna duit sikit ni… Tok boleh bantu ke?
“Anak saya ni, nak masuk ke universiti… ada apa-apa sumbangan yang boleh dimohon ke?
“Kelab kami akan anjurkan aktiviti kemasyarakatan… minta Tok datang rasmikan boleh?
“Tok, minta tolong tengok-tengokkan jalan-jalan yang agak gelap sekitar Jelebu ini… pasang sikit lampu”
Inilah di antara skrip yang menjadi halwa telinga saya saban minggu.
Ada yang memerlukan bantuan segera dan ada juga sekadar ingin bertanya khabar.
Saya sentiasa terbuka dengan kaum kerabat dan sahabat handai di Jelebu untuk mendengar keluh kesah, permohonan bantuan dan tindakan segera akan di ambil mengikut kapasiti yang sesuai.
Pendek kata, sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar keputusan telah dan akan saya buat demi kemaslahatan rakyat Jelebu.
Dato’ Seri Jalaluddin Alias
Ahli Parlimen Jelebu



