
Proses pemilihan Fasa Kedua Malaysian Abroad (pemain warisan Malaysia berkelana di luar negara) difahamkan sudah pun bermula.
Malaysian Abroad adalah program merekrut pemain-pemain warisan berdarah Malaysia di seluruh dunia ke dalam skuad kebangsaan.
Beberapa lagi pemain gred A bakal dibawa masuk dan dikhabarkan kebanyakannya daripada Amerika Latin dan Eropah.
Fasa 1 (Batch 1) sudah pun tiba di tanah air untuk Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam.
Fasa 2 (Batch 2) dijangka akan di bawa masuk dalam bulan Ogos untuk solidkan lagi squad depth Harimau Malaya dan untuk tugasan persahabatan antarabangsa FIFA yang akan berlangsung antara 1-9 September ini.
Jangkaan pemain terpilih untuk Batch 2 adalah antara enam hingga 10 orang.
Difahamkan projek Malaysian Abroad akan diteruskan sehingga Harimau Malaya mencapai status pasukan elit Asia dan menembusi kelompok Top 100 dunia.
Butiran lengkap Batch 1 pemain-pemain warisan baru skuad Harimau Malaya:
1) FACUNDO GARCES
Pertahanan tengah
25 tahun
Kacukan Malaysia + Argentina
2) IMANOL MACHUCA
Sayap kiri
25 tahun
Kacukan Malaysia + Argentina
3)RODRIGO HOLGADO
Penyerang tengah
29 tahun
Kacukan Malaysia + Argentina
4) JOAO FIGUEIREDO
Penyerang tengah
29 tahun
Kacukan Malaysia + Brazil
5) JON IRAZABAL
Pertahanan tengah
28 tahun
Kacukan Malaysia + Sepanyol
6)HECTOR HEVEL
Tengah
29 tahun
Kacukan Malaysia + Sepanyol/Holland
7) GABRIEL PALMERO
Pertahanan sayap kiri
23 tahun
Kacukan Malaysia + Sepanyol
Sumber: Empayar Darul Takzim