Berita
Gunasekaren peka keselamatan penduduk Seremban Jaya
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat isu wayar elektrik yang merintangi dahan pokok di Taman Seremban Jaya Fasa 3.
Gunasekaren berkata, permasalahan ini boleh mengancam keselamatan penduduk di sini.
“Renjatan elektrik dikatakan berlaku ketika kejadian hujan petir yang melibatkan dua buah tiang.
“Aduan telah dibuat kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), bagi mengelakkan sebarang kejadian yang buruk,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.