Berita
Gunasekaren peka keselesaan penduduk Kampung Baru Rahang
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang untuk melihat lokasi kabel Telekom Malaysia (TM) yang jatuh dan boleh mengundang bahaya kepada penduduk Kampung Baru Rahang.
Gunasekaren berkata, aduan telah dibuat kepada pihak Telekom Malaysia untuk tindakan segera.
“Dalam masa terdekat isu ini akan diselesaikan demi keselamatan penduduk setempat,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.