Berita

Hospital Mesra Ibadah mampu beri impak positif kepada masyarakat

SEREMBAN: Hospital Mesra Ibadah (HMI) mampu memberikan impak yang positif kepada suasana di hospital dan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hospital bukan hanya tempat untuk merawat fizikal, psikologi dan mental; tetapi aspek kerohanian juga perlu ditekankan dalam memberi rawatan kepada pesakit agar konsep perubatan mencapai tahap yang cemerlang dan holistik.

“Hal ini kerana, petugas kesihatan merupakan insan paling hampir ketika diuji dengan masalah kesihatan.

“Oleh itu, Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Akademi Hospital Mesra Ibadah telah menganjurkan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah.

“Program ini merupakan salah satu platform utama bagi membuka ruang kefahaman tentang perkongsian pengalaman dan teknik yang terbaik dalam mendekati para pesakit yang dapat dipraktikkan, yang akan dikongsi oleh penceramah luar dan dalam negara.

“Selain memberi impak yang positif dan boleh meningkatkan tahap penjagaan kesihatan oleh petugas hospital, ia juga memberikan dimensi baru dalam sistem perkhidmatan sekiranya dilaksanakan dengan berkesan.

“Besarlah harapan saya agar konvensyen ini menjadi satu platform bagi membuka ruang kefahaman tentang perkongsian pengalaman dan teknik yang terbaik dalam mendekati para pesakit, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Konvensyen Hospital Mesra Ibadah di Klana Resort.

Show More

Related Articles

Back to top button