Menarik
Individu uzur terima sumbangan kerusi roda dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan kerusi roda kepada seorang individu yang memerlukannya di Kampung Tanjung Agas.
Rusli berkata, individu tersebut mengalami beberapa masalah kesihatan.
“Disebabkan itu, beliau memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau.
“Saya juga telah memberikan sumbangan bakul makanan bagi mengurangkan beban beliau.
“Semoga segala urusan beliau dipermudahkan,” kata Rusli.