Menarik

Ismail sumbang barangan elektrik kepada mangsa banjir

LABU: ADUN Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad menyampaikan sumbangan barangan elektrik kepada 18 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

“Terima kasih kepada SWM Environment Sdn Bhd di atas sumbangan yang disalurkan.

“Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa,” kata Ismail.

SWM Environment dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah entiti SWM Kasih.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Tajul; Pengurus Besar Korporat, SWM Environment Sdn Bhd, Tuan Mohammad Norlisam Nordin; Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, Puan Nur Airina Mazlan; Penghulu Mukim Labu, Tuan Mohd Fauzi Isa; Penghulu DUN Nilai, Tuan Ahmad Syahir Shafie serta pengerusi-pengerusi MPKK DUN Labu.

Show More

Related Articles

Back to top button