PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berjaya menewaskan calon BN Parlimen Port Dickson, Dato’ P.Kamalanathan dengan majoriti 23,601 undi.
Aminuddin mewakili Pakatan Harapan mendapat 42,013 undi berbanding Kamalanathan 18,412 undi.
Calon PN, Encik Rafiei Mustapha menerima 18,235 undi.
Calon Pejuang, Dr.Ahmad Idham Ahmad Nadzri (1,084 undi) dan calon bebas, Encik Rani Kulup Abdullah (441 undi) hilang deposit.