BeritaMenarik

Karnival Jualan AGRO MADANI Palong dapat sambutan

PALONG: Karnival Jualan AGRO MADANI yang diadakan di Felda Palong 4, 5 dan 6 mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

ADUN Palong, Mustapha Nagoor berkata, selesai sahaja acara Fun Walk, acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Program Karnival Jualan AGRO Madani juga bertempat di PTKM Palong.

Majlis perasmian disempurnakan oleh EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

“Beliau telah mengumumkan penurunan separuh harga penjualan di karnival ini seperti beras yang harga asalnya RM26 diturunkan kepada RM20.

“Harga telur daripada RM10 kepada RM5 satu papan.

“Bakul makanan (Ayam, Minyak dan sayur) daripada harga RM15 kepada RM5 dan Roti Gardenia berharga RM3 diberikan percuma kepada semua pada hari karnival ini,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button