Kempen derma darah Seremban Jaya capai sasaran
SEREMBAN JAYA: Kempen derma darah anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya Vios Brothers Club, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, seramai 171 orang telah mendaftarkan diri sebagai penderma.
“Kempen ini mencapai sasaran apabila darah daripada 108 orang telah berjaya ditabungkan, melepasi sasaran awal 100 orang.
“Program ini dianjurkan dengan kerjasama anak muda yang bukan sahaja mempunyai minat mendalam dalam hobi berkereta tetapi juga program kemasyaratan yang mempunyai unsur-unsur nilai murni,” kata Gunasekaren.
Gunasekaren mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah Seremban atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program kempen derma darah ini.
“Para penderma darah berhati mulia, kerana ia dapat membantu dan menyelamatkan nyawa seseorang
“Saya juga menyerahkan barangan keperluan dapur kepada 10 keluarga kurang berkemampuan,” ujarnya.
Turut diadakan cabutan bertuah dan pameran kereta Vios.
Hadir bersama, Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin; ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani; ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.