Berita
Kempen semakan pengundi dapat sambutan
SEREMBAN JAYA: Kempen Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, dalam masa dua jam seramai 103 orang telah membuat semakan daftar pemilih.
“Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah berjalan dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan di mana 103 orang telah membuat semakan daftar pemilih.
“Kempen akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa. ‘Jom SEMAK UNDI’, anda adalah penentu masa depan negara,” ujar Gunasekaren.