Berita

Kemudahan di Pasar Awam Seremban Jaya akan dinaik taraf

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menerima lawatan Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Encik Chiong Yoke Kong ke Pasar Awam Seremban Jaya.

Turut menyertai lawatan ini Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong dan Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

“Lawatan ini diadakan bagi meninjau sendiri aduan di Pasar Awam Seremban Jaya yang perlu ditambah baik dan dinaik taraf demi keselesaan dan keperluan para peniaga dan pengunjung.

“Antara isu yang diutarakan ialah mengecat bangunan, menyelaras dan memendekkan dinding antara peniaga, memasang syiling bagi mengatasi isu najis burung, membina tandas duduk untuk OKU dan membaiki segala kerosakan infrastruktur yang terdapat di pasar awam ini,”

“Encik Chiong akan membawa isu ini kepada Menteri KPKT untuk tindakan sewajarnya,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Minnal dan Encik Muganthan dan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, Cik G.Nancy.

Show More

Related Articles

Back to top button