Berita
Kerajaan Negeri luluskan 5,985 projek baiki jalan
SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah meluluskan sebanyak 5,985 projek pembaikan jalan di bawah peruntukan MARRIS sejak tahun 2019 sehingga tahun ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM1.29 bilion telah diperuntukkan bagi semua projek penyelenggaraan jalan sepanjang 5,376 kilometer.
“Besarlah harapan saya agar pembaikan ini dapat memudahkan urusan rakyat Negeri Sembilan dan seterusnya menjadikan negeri ini sejahtera selaras cogan dengan kata Bersih, Muafakat, Sejahtera,” kata Aminuddin.