Kerajaan Negeri Sembilan komited tarik minat pelabur asing
SEREMBAN: Menarik minat pelabur merupakan antara fokus Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan negeri ini terus maju ke depan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa berusaha bagi mentransformasikan negeri ini menjadi lokasi pelaburan strategik buat para pelabur dalam dan luar negara
“Usaha ini membuahkan hasil apabila banyak pelabur luar datang untuk melihat potensi pelaburan secara dekat.
“Saya juga telah menerima kunjungan hormat daripada pelabur dari Turki,” ujar Aminuddin.
Menurut Aminuddin, hasil daripada perbincangan tersebut terdapat beberapa sektor industri di Negeri Sembilan yang mampu dijadikan peluang untuk pelaburan.
“Terima kasih kepada para pelabur atas minat yang ditunjukkan terhadap Negeri Sembilan.
“Semoga perbincangan ini membuahkan hasil dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan buat rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.
Foto: Nabil Syafiq