BeritaMenarikProgram

Jalan Bukit Pelandok – Sungai Pelek diluluskan dengan kos RM160 juta

SEREMBAN: Projek membina jalan dan Jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dengan Sungai Pelek, Sepang telah diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos RM160 juta.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, projek ini telah dilaksanakan Value Assessment (VA) pada bulan Julai 2023 dan jangkaan perolehan dilaksanakan pada tahun 2024.

“Jajaran projek telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan telah dibentang di dalam Mesyuarat SPC dan mendapat persetujuan mesyuarat pada mesyuarat yang diadakan pada 19 September 2023.

“Bagi jajaran yang melalui Negeri Sembilan, pengambilan balik tanah perlu dilaksanakan dan proses pengambilan tanah ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Kontraktor telah dilantik.

“Jajaran projek tersebut adalah meliputi jarak jalan sepanjang 4.4km dan jambatan konkrit sepanjang 1.2 km termasuk sistem perparitan dan pembentung baru serta pengambilan balik tanah.

“Kerja-kerja pengambilan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja lain dimulakan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Chuah, YB Yew Boon Lai (PH) di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Rabu.

YB Yew Boon Lai (Chuah-Lukut)
Show More

Related Articles

Back to top button