Berita

Kerajaan Negeri sumbang RM125,400 untuk elaun tambahan guru takmir

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyerahkan peruntukan tambahan berjumlah RM125,400 kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS).

“Menyedari kepentingan guru takmir dalam membentuk masyarakat, Kerajaan Negeri menyumbang peruntukan berjumlah RM125,400 kepada JAINS sebagai dana tambahan kepada elaun yang diterima,” kata Aminuddin.

“Besarlah harapan saya agar guru-guru takmir dapat mengambil peluang pembukaan masjid dan surau dengan cara mengimarahkan rumah Allah di seluruh negeri.

“Para asatizah harus sentiasa memberi kefahaman umat yang seterusnya akan merealisasikan slogan Negeri Sembilan Bersih Muafakat dan Sejahtera yang selari dengan tuntutan seorang muslim,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Tafaqquh Fiddin Guru Takmir di Masjid Sri Sendayan pada Khamis.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button