Berita

Negeri Sembilan bubar DUN Mei atau Jun

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada bulan Mei atau Jun ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, fokus utama Kerajaan Negeri buat masa ini ialah melaksana segala inisiatif dan insentif yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Ini selari dengan pendirian Kerajaan Negeri sebelum ini yang mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini sehingga habis mandat lima tahun.

“Politik sekarang agak dinamik dan stabil. Kita kurangkan cerita politik tetapi fokus soal pembangunan dan ekonomi Negeri Sembilan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button