Berita

Ketiadaan liputan rangkaian telekomunikasi dan banjir kilat dapat perhatian Yew

CHUAH: Isu ketiadaan liputan rangkaian telekomunikasi dan banjir kilat dapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Dato’ Yew Boon Lye yang telah turun padang bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Yew berkata, bagi masalah ketiadaan liputan rangkaian telekomunikasi, menara talian telah siap dipasang.

“Namun begitu, pihak Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan memaklumkan bahawa mereka menunggu sambungan bekalan elektrik daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bekalan elektrik tersebut ada dijangka selewat-lewatnya pada Mei ini.

“Disebabkan masa yang lamaa, MCMC telah bersetuju untuk menempatkana generator dalam masa terdekat sementara menunggu langkah susulan daripada pihak TNB,” kata Yew

Sementara itu, masalah banjir kilat memerlukan bantuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Seremban.

“Saya telah meminta bantuan JPS Port Dickson untuk berhubung dengan JPS Seremban untuk menyelesaikan isu penyelenggaran perparitan tersebut kerana kawasan ini berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tanah Seremban.

“Selain itu, saya turut membincangkan beberapa isu lain seperti palang di laluan masuk kampung dan tanaman pokok di rizab jalan yang mengganggu penglihatan pengguna di laluan ini,” tambah Yew.

Yew turut menegaskan bahawa beliau akan sentiasa berhubung dengan pihak terlibat bagi memastikan setiap aduan dapat ditangani dengan segera.

Show More

Related Articles

Back to top button