Berita

Nicole peka pencemaran Taman Rekreasi Taman Bukit Galena

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah membuat aduan kepada pihak pemaju berhubung pencemaran tanah lumpur di Taman Rekreasi Taman Bukit Galena.

Penduduk setempat telah membuat aduan bahawa pembinaan perumahan baru oleh pihak pemaju di Taman Bukit Galena telah berulang-kali menyebabkan laluan pejalan kaki di taman rekreasi ini berlumpur.

“Selain itu, kolam Jabatan Pengairan Saliran juga telah dipenuhi tanah berlumpur tersebut.

“Setiap kali hujan, keadaan sebegini akan berlaku.

“Kebanyakan pengadu membuat aduan bahawa situasi ini telah menyebabkan ketidakselesaan dan kacau ganggu.

“Dari segi keselamatan, para penduduk khuatir keadaan berlumpur akan menyebabkan kecederaan ketika beriadah,” jelas Nicole Tan.

Nicole Tan berkata, satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak pemaju pada 8 Jun lalu.

“Pihak pemaju memberi jaminan bahawa dalam masa sebulan, benteng tebing akan dibina dan akan memastikan kawasan taman rekreasi serta kolam takungan yang telah dicemari akan dibersihkan,” ulas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button