SHAH ALAM: Booth Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan mendapat sambutan daripada perwakilan dan pemerhati yang hadir di Kongres Nasional KeADILan yang ke-16 di sini.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Norazman Mohamad berkata, booth ini dibuka bagi mempromosi kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sejak mengambil alih pentadbiran pada 9 Mei 2018.
“Kerajaan Negeri Sembilan telah mencapai 98 peratus tawaran manifesto dalam tempoh empat tahun dan ini satu pencapaian yang amat membanggakan.
“Justeru, kami ambil peluang ini untuk menyalurkan kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada anggota KeADILan yang hadir untuk mereka sampaikan kepada masyarakat di negeri masing-masing.
“Pencapaian di Negeri Sembilan boleh dijadikan sebagai rujukan dan semangat kepada KeADILan di negeri lain untuk mencipta kejayaan di negeri masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang,” jelas Norazman.
Sementara itu anggota KeADILan yang berkunjung ke booth ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin turut beramah mesra bersama anggota KeADILan yang hadir di booth penerangan tersebut.