Menarik
Latif beri sumbangan kewangan kepada peniaga kedai
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan kewangan kepada seorang peniaga kedai makanan di Kampung Gedok.
Abd Latif berkata, bumbung kedai milik Puan Siti Juma’ah Mahat, 39, rosak akibat diterbangkan ribut.
“Semoga sumbangan yang diberikan kepada beliau dapat meringankan beban beliau,” kata Abd Latif.
Sumbangan diberikan di Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.