Aktiviti

Rebin beri sumbangan kewangan kepada masjid dan surau di Palong

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah memberi sumbangan kewangan kepada dua buah masjid, sebuah surau dan empat Pertubuhan Tanah Wakaf di Palong.

“Antara yang menerima sumbangan tersebut adalah Masjid Palong 7, Masjid Palong 8, Surau Palong 8, Pertubuhan Tanah Wakaf Palong 9, 10, 11 dan 18,” kata Rebin.

Sumbangan tersebut diberikan selepas beliau merasmikan Program Khatam Al-Quran Peringkat DUN Palong.

“Saya amat terharu dengan lantunan ayat-ayat suci Al Quran yang dipimpin oleh para hufaz muda tempatan,” ujar Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button