Berita

Latif sumbang khemah kepada peniaga sate

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi memberi sumbangan dua buah khemah kepada seorang peniaga satay di Pekan Gemencheh, Encik Rashid.

Abd Latif berkata, khemah yang digunakan untuk berniaga sebelum ini rosak akibat kejadian ribut tempoh hari.

“Oleh itu, saya berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu beliau meneruskan perniagaannya,” kata Latif.

Sumbangan diserahkan di Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button