Berita

Loke: Semoga Tahun Baru bawa kesejahteraaan kepada rakyat

Tahun Baru Cina pada tahun ini merupakan satu tahun yang tidak akan dilupakan. Disebabkan pandemik Covid-19, ramai yang tidak dapat balik kampung bersama keluarga mereka.

Kami sedar bahawa ramai anak Negeri Sembilan bekerja di negeri lain. Setiap tahun, mereka tentu akan balik untuk meraikan Tahun Baru Cina tetapi bukan untuk tahun ini.

Namun, kita masih berusaha untuk memeriahkan suasana perayaan dengan memasang hiasan tanglung di banyak kawasan. Kita juga berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan rakyat Negeri Sembilan supaya golongan yang memerlukan bantuan tidak ketinggalan.

Pelbagai initiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk meringankan beban rakyat.

Pelbagai skim bantuan Kerajaan Negeri turut diluluskan untuk membantu peniaga kecil dan sederhana di Negeri Sembilan. Kami akan terus berusaha supaya dapat mengatasi cabaran semasa.

Dalam tempoh ini, cabaran terbesar kami adalah untuk memastikan ekonomi Negeri Sembilan dapat dipulihkan dengan kadar segera. Kelangsungan hidup dan kesejahteraaan rakyat adalah keutamaan kita.

Semoga Tahun Baru ini membawa kesejahteraan hidup kepada rakyat.

Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Chai.

YB Loke Siew Fook

Ahli Parlimen Seremban
ADUN Chennah
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan
Pengerusi DAP Negeri Sembilan

12 Februari 2021

Show More

Related Articles

Back to top button