BeritaProgram

MAINS peruntuk RM1.6 juta bantu anak kariah masjid terkesan Covid-19

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah meluluskan peruntukan sumbangan berjumlah RM1.6 juta yang memanfaatkan sebanyak 301 buah masjid dan 1,020 buah surau di seluruh negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan yang diberikan ini adalah supaya pihak masjid dan surau dapat menyantuni anak kariah mereka yang terputus sumber pendapatan dan bekalan makanan akibat pandemik Covid-19.

“Oleh itu, saya memohon agar semua masjid dan surau bertindak proaktif dalam usaha menjaga kebajikan anak kariah dengan mewujudkan gerobok rezeki atau menyampaikan sumbangan yang berkaitan.

“Saya berharap agar semua pengerusi masjid dan surau dapat menggunakan kedudukan masing-masing untuk mendidik masyarakat menjadi individu yang sentiasa inovatif dan kreatif terutama demi kebaikan masyarakat dan komuniti setempat,” katanya yang juga ADUN Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button