Berita

Majlis angkat sumpah ADUN 26 September ini

SEREMBAN: Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan berlangsung pada 26 September ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut telah mendapat persetujuan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Keputusan tersebut juga telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Manakala persidangan kali pertama Dewan Undangan Negeri akan berlangsung pada 9 Oktober.

“Persidangan tersebut juga akan melibat dua Rang Undang-Undang dan satu bajet tambahan,” kata Aminuddin di sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button