Berita
Mangsa ‘Along’ disimbah cat merah
SEREMBAN JAYA: Mangsa sindiket pinjaman wang atau lebih dikenali ‘Along’ telah disimbah cat merah di Taman Tuanku Ampuan Najihah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, rumah dan kereta mangsa menjadi sasaran oleh sindiket pinjaman wang tersebut.
“Kejadian tersebut berlaku kira-kira 4:30 pagi selepas mangsa mendengar bunyi objek dibaling ke arah rumah.
“Jiran juga turut memberitahu terdapat dua orang individu India menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna oren pada waktu kejadian.
“Laporan polis telah dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil.
“Kita tidak mahu sikap tidak bertanggungjawab pihak ini menggugat keselamatan penduduk setempat,” kata Gunasekaren.