Berita
Mangsa kemalangan dapat perhatian Nasir
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman, telah memberikan sumbangan kewangan dan kerusi roda kepada Encik Hamid, yang merupakan bapa kepada mangsa kemalangan jalan raya.
Nasir berkata Encik Muhammad Nor Aizam telah mengalami kemalangan jalanraya pada 7 Mei lalu, dan masih berada di hospital.
“Encik Muhammad Nor Aizam merupakan imam Solat Terawih di Surau Taman Anika pada Ramadhan yang lalu.
“Saya menyerahkan sumbangan kewangan berbentuk kerusi roda, tongkat dan wang tunai berjumlah RM200.
“Semoga anak Encik Hamid segera sembuh tanpa sebarang komplikasi,” kata Nasir.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Teluk Kemang, Tuan Zulkifli Zakaria.