BeritaMenarik

AADK Jelebu bentuk kerjasama pintar dengan Tealive Kuala Klawang

KLAWANG: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu telah menjalin kerjasama pintar dengan jenama minuman yang tidak asing lagi iaitu Tealive (Cawangan Kuala Klawang) dalam sebuah program sukarelawan iaitu Projek Mentor SKUAD di Dewan Pejabat Penerangan Daerah Jelebu.

Ketua Pegawai AADK Jelebu, Encik Mohd Syafiq Zulkiple berkata, matlamat kolaborasi rakan pintar ini dijalin adalah untuk menggalakkan belia khususnya di daerah Jelebu menyertai SKUAD Antidadah iaitu satu entiti kesukarelaan di bawah kendalian AADK.

“Kami di AADK Jelebu hanya mempunyai 23 orang kekuatan kakitangan, AADK tidak mampu bergerak sendirian untuk mencegah isu dan permasalahan dadah dalam komuniti, namun ia boleh disebarluaskan sekiranya masyarakat setempat terutamanya golongan belia turun padang membantu sebagai ahli sukarelawan AADK,” katanya.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Ir.Dato’ Bakri Sawir.

Dalam pada itu, bagi pasangan suami isteri pemilik Cawangan Tealive Kuala Klawang, Encik Norazwan Parman dan Puan Nor Azyani Nordin memaklumkan bahawa mereka sudah lama mencari peluang untuk menggerakkan kempen khidmat masyarakat seperti ini dan sangat berbesar hati untuk menawarkan beberapa faedah kepada ahli SKUAD Antidadah AADK Jelebu yang berdaftar.

“Ianya bagi menyuntik semangat serta mempergiatkan lagi aktiviti kesukarelaan dalam komuniti masing-masing.

“Inisiatif dan idea faedah yang bakal diterima oleh para sukarelawan telah dibincangkan dengan pihak AADK Jelebu bagi menghargai serta menyuntik semangat kesukarelaan di kalangan Ahli SKUAD Antidadah.

“Bagaimanapun kaedah untuk menebus faedah dari Tealive cawangan kami akan dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi memastikan ia dapat dirancang dan dilaksanakan dengan sistematik,” jelas pasangan suami isteri tersebut.

Kepada masyarakat setempat yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli SKUAD Antidadah, layari laman sesawang http://skuad.adk.gov.my

Show More

Related Articles

Back to top button