Berita
Masjid Bagan Pinang terima sumbangan RM1,000 dari Nasir
BAGAN PINANG: Pengurusan Masjid Bagan Pinang menerima sumbangan RM1,000 daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.
“Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah, saya menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,000 untuk kegunaan masjid menghidupkan aktiviti Ramadhan.
“Saya juga menyerahkan 75 pek kurma kepada jemaah masjid,” kata Nasir.
Nasir seterusnya menunaikan solat Isyak dan Tarawikh di Surau Taman Intan Duyung.
“Saya turut menghulurkan sumbangan RM1,000 dan kurma 75 pek kepada pihak surau,” ujar Nasir.