BeritaMenarikNaratif Kito

Memaknai slogan ubah dan reformasi dalam Belanjawan Madani

Ahmad Shahir Mohd Shah

ZAMAN reformasi telah berlalu lebih 25 tahun di bumi Malaysia.

Jika anda lahir tahun 1998, hari ini anda adalah generasi yang sepatutnya menikmati harga reformasi yang berlaku di Malaysia.

Ini bukan soal anda sokong kerajaan atau pembangkang.

Walaupun berbeza di negeri-negeri, terutamanya di Kelantan, memaknai slogan UBAH dan REFORMASI itu jauh berbeza.

Rakyat Malaysia sangat rencam dari aspek ideologi.

Perbezaan agama dan bangsa bukan ukuran.

Yang sama agama pun berbeza dari segi fikrah dan mazhab.

Tengok sahajalah isu RUU Mufti Wilayah.

Penganut Kristian, Buddha dan Hindu juga tidak terkecuali.

Tetapi apa yang lebih penting, kita dapat melihat selepas era reformasi, rakyat Malaysia lebih cakna isu-isu yang terkait dasar-dasar kerajaan dalam pelbagai perspektif.

Hari ini, jika mereka mengkritik kerajaan, tidak bermakna mereka tidak menyokong kerajaan.

Jika mereka bersama kerajaan, belum tentu mereka akan mengundi kerajaan.

Ini satu tahap yang bagus untuk rakyat Malaysia.

Hampir dua tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, kita dapat lihat perubahan besar terhadap pola pemikiran rakyat.

Kita jangan takut jika rakyat berani mengkritik kerajaan.

Lebih baik mereka sentiasa rapat dengan isu-isu dan dasar kerajaan.

Ia sangat bagus untuk kita mendapat kerajaan yang berintegriti.

Inilah hasil reformasi.

Rakyat akan menjadi pengadil yang paling rencam sebelum kerajaan membuat sesuatu dasar yang baharu.

Contoh, Belanjawan 2025, kerajaan mahu mensasarkan subsidi RON95, dan memperbaharui semula sistem cukai negara.

Di parlimen berlaku perbahasan dan di kalangan rakyat juga berlaku perbincangan.

Baik atau buruk adalah bergantung kepada sejauh mana Ahli Dewan Rakyat menggunakan ruang perbahasan.

Jika asyik memikirkan ‘content’ TikTok apabila berucap dalam sidang dewan, lebih baik tidak perlu jadi ahli Parlimen.

Rakyat hari ini sedang memerhati Kerajaan Perpaduan untuk memaknai slogan UBAH dan REFORMASI.

Banyak yang perlu diperbaiki.

Pihak pembangkang telah diberi peluang 33 bulan memerintah.

Peluang sudah diberi.

Walaupun caranya tebuk atap, ia telah pun berlaku.

Kali ini peluang Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan PMX.

Rasanya, dunia telah mengiktiraf kepimpinan beliau.

Rakyat Malaysia masih buat-buat tak nampak atau malu alah sebab sebelum ini terlajak ludah ke langit.

Akhirnya kena ke muka sendiri. Aduh!

Ahmad Shahir Mohd Shah
Ketua Editor
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button