Berita

MPKK Palong 4 – Penyelaras DUN Dengkil tandatangani MoU pemasaran tanah hitam

PALONG: MPKK Felda Palong 4 dan Pejabat Penyelaras DUN Dengkil, Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasarkan bekalan tanah hitam pertanian.

MoU ditandatangani oleh Pengerusi MPKK Felda Palong 4, Encik Mahadi Sar dan Penyelaras DUN Dengkil, Tuan Hamidi A Hasan yang disaksikan oleh Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

Rebin berkata, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk melaksanakan kerjasama ekonomi dengan membekal dan membeli tanah hitam.

“MPKK Felda Palong 4 bersetuju membekalkan tanah hitam kepada Pejabat Penyelaras DUN Dengkil.

“Komitmen Penyelaras DUN Dengkil, Tuan Hamidi membeli tanah hitam dari MPKK Felda Palong 4 adalah sangat dihargai.

“Saya percaya MoU ini adalah langkah pertama kepada MPKK Felda Palong 4 untuk memasarkan tanah hitam dengan lebih meluas di negeri Selangor.

“Terima kasih kepada Tuan Hamidi di atas sokongan kepada projek perintis tanah hitam pertanian oleh MPKK Felda Palong 4,” kata Rebin.

MoU ini ditandatangani dalam Program Lawatan Sehari Pejabat Penyelaras DUN Dengkil ke Pejabat Penyelaras DUN Palong pada Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button