Berita

Mustapha mahu SMK Batu Kikir lahirkan atlit negeri

BATU KIKIR: Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Mustapha Nagoor meletakkan harapan tinggi agar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Sekolah Model Khas Sukan) melahirkan atlit yang boleh mewakili Negeri Sembilan di kejohanan peringkat kebangsaan.

Mustapha berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga kali ke-47 SMK Batu Kikir.

“Kejohanan ini diharapkan dapat melahirkan atlit-atlit yang berpotensi besar yang boleh mewakili Negeri Sembilan di kejohanan peringkat kebangsaan seperti SUKMA dan lain-lain.

“Besar harapan saya untuk melihat akan ada atlit yang berasal dari Jempol khususnya dari SMK Batu Kikir mewakili skuad Negeri Sembilan dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

“Tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan penganjuran kejohanan kali ini,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button