Berita

Nasir sumbang peralatan elektrik kepada mangsa banjir

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyumbang peralatan elektrik kepada mangsa banjir di Felda Sungai Kelamah dan Taman Pinggiran Sungai Kelamah.

“Saya telah menyumbang 10 unit periuk nasi, 10 unit pengisar (blender), 50 helai pakaian wanita, dan lapan naskhah Al-Quran.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mangsa banjir membina semula kehidupan masing-masing,” kata Nasir.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mengucapkan terima kasih kepada Nasir di atas sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button