Berita

Aminuddin terima kunjungan hormat Duta Besar Kesatuan Eropah

SEREMBAN: Duta Besar Kesatuan Eropah, Tuan Yang Terutama (TYT) Michalis Rokas telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata beliau berpeluang membincangkan berkenaan peluang pelaburan yang boleh diceburi oleh syarikat-syarikat dari Kesatuan Eropah terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi.

“Saya juga berpeluang berkongsi berkenaan visi dan misi pembangunan Negeri Sembilan khususnya dalam situasi pasca pandemik ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada TYT Michalis Rokas atas kunjungan ini.

“Semoga kunjungan ini memberikan gambaran yang lebih jelas dan postif berkenaan peluang pelaburan di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button