Berita
Negeri Sembilan sumbang RM42 ribu kepada mangsa banjir Palong
SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah membantu mangsa banjir di DUN Palong dengan jumlah sumbangan sebanyak RM42,000.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kejadian bencana banjir awal tahun 2022 telah menyaksikan ramai mangsa yang terlibat di seluruh Negeri Sembilan termasuk DUN Palong.
“Seramai 42 keluarga telah menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga meliputi penduduk Felda Palong 7 dan Kampung Jeram Panjang,” kata beliau.
Beliau berkata demikian di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14.