Berita

92 peratus pelajar SPM Negeri Sembilan layak terima sijil

SEREMBAN: Kejayaan sesebuah organisasi adalah refleksi kepada kecemerlangan modal insan warganya,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Nama Negeri Sembilan telah meniti harum di persada kebangsaan dengan pencapaian cemerlang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.50 pada tahun 2022.

“Semua daerah di Negeri Sembilan telah menyaksikan peningkatan Gred Purata Sekolah dan pencapaian ini juga adalah satu peningkatan secara perbandingan dengan pencapaian pelajar SPM tahun 2021.

“Selain itu, peratus calon yang layak menerima sijil SPM di Negeri Sembilan pada tahun 2022 juga telah meningkat secara signifikan daripada 87.62 peratus pada tahun 2021 kepada 92.03 peratus.

“Ini bermakna, peluang bagi anak murid Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya adalah lebih cerah kerana lebih ramai dapat memenuhi syarat minima kemasukan pra universiti di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button