BeritaMenarik

Pengerusi Amanah dilantik Speaker DUN Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, YB Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman, 67, dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Ke-15 di sini, hari ini.

Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan MK Ibrahim, 60, dilantik sebagai Speaker DUN yang kemudian disokong ADUN Pertang merangkap Exco Kemajuan Desa, Perladangan, Komoditi, Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

MK Ibrahim berkelulusan University College of Swansea dan pernah menuntut di Newark Technical College dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Show More

Related Articles

Back to top button