NSU bersedia bantu ‘pengibar bendera putih’
SEREMBAN: Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (NSU) bersedia membantu keluarga terputus bekalan makanan yang mengibarkan bendera putih.
Timbalan Pengerusi NSU, Saudara Md Sani Mohd Shah berkata, pihaknya kini dalam mod ‘standby’ dengan 200 set barangan keperluan dapur.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 akibat pandemik Covid-19, ramai yang terjejas pendapatan.
“Justeru, NSU bersedia menghantar bekalan makanan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan di Negeri Sembilan.
“Kibarkan bendera putih bagi kami mengesan keluarga yang memerlukan bantuan makanan,” kata Md Sani.
Md Sani berkata, NSU juga mengajak orang ramai turut membantu keluarga yang terputus bekalan makanan.
“Sumbangan wang ringgit anda akan kami salurkan segera dalam bentuk bekalan barangan keperluan dapur kepada keluarga yang memerlukan.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (Negeri Sembilan Update)
No Akaun: 106780013606
Bank: AFFIN BANK