Berita

Pasar Tani Medan GBSS Port Dickson telah dibuka

BAGAN PINANG: Pasar Tani Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBSS) Daerah Port Dickson telah dibuka,” kata Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.

“Pembukaan pasar tani ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan pelbagai pihak termasuk FAMA Port Dickson dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

“Terima Kasih kepada Pusat Maklumat Rakyat Port Dickson yang banyak membantu mempromosikan hebahan pembukaan pasar tani ini.

“Tidak lupa kepada pihak MPPD yang memberikan kebenaran pembukaan serta pemasangan billboard promosi bagi tujuan hebahan pada masyarakat setempat.

“Semoga pembukaan pasar tani ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan keperluan harian serta menjana pendapatan usahawan tempatan,” kata Nasir.

Pasar Tani Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBSS) Daerah Port Dickson dibuka setiap Ahad dari pukul 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari di Tapak Parkir Medan GBBS Port Dickson, Batu 4.

Show More

Related Articles

Back to top button