Berita

Pasukan hoki Negeri Sembilan atasi rekod MSSM 2019

Johan Bawah 12 Tahun Perempuan

SEREMBAN: Pasukan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) berjaya mengatasi pencapaian pada 2019 sekaligus melakar sejarah baharu pada tahun ini dalam temasya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin harun berkata, pasukan Bawah 12 Tahun Perempuan telah berjaya menjadi Johan dan pasukan Bawah 12 tahun Lelaki menduduki tempat ke-empat.

“Dalam masa sama, Adik Nur Zariefah Dania Mazlan daripada Sekolah Kebangsaan Tuanku Besar Tampin berjaya menjadi pemain terbaik kejohanan.

“PHNS juga telah menyediakan kemudahan prasarana yang lebih baik seperti kemudahan asrama bagi menjalankan latihan dan mampu menampung seramai 52 pemain dalam satu masa.

“Usaha ini selari ke arah mewujudkan ‘Akademi Hoki’ PHNS pada masa akan datang,” kata Aminuddin yang juga merupakan Presiden Hoki Negeri Sembilan.

Aminuddin turut meminta agar ibu bapa serta penyokong terus memberikan sokongan kepada pemain.

“Saya berharap agar semua pegawai dan pemain akan terus komited untuk mencipta lebih banyak kejayaan buat Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penghargaan Persatuan Hoki Negeri Sembilan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button