Berita
Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang anjur Kursus Pengendalian Makanan
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman merasmikan Majlis Penutup Kursus Pengendalian Makanan anjuran Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang di Balai Raya Kampung Baru Si Rusa.
Nasir berkata, seramai 40 orang telah hadir menghadiri kursus ini bagi mendapatkan sijil Pengendalian Makanan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kursus ini diadakan untuk membantu penjaja di sekitar kawasan Bagan Pinang dan Teluk Kemang mendapatkan sijil pengendalian makanan tersebut.
“Saya telah memberikan subsidi kepada peserta dengan membayar sebahagian yuran kursus tersebut.
“Saya juga telah menaja pembayaran suntikan ‘typhoid’ kepada peserta yang memerlukan suntikan tersebut,” katanya.