Berita

Pelajar politeknik terima sumbangan komputer riba dari Yayasan Negeri Sembilan

SRI TANJUNG: Seorang pelajar dari Politeknik Port Dickson, Shankiri V.Alagendra menerima sumbangan sebuah komputer riba dari Yayasan Negeri Sembilan.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi berkata, Shankiri merupakan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan ibubapanya tidak mampu membelikan komputer riba untuk pembelajaran beliau.

“Saya memberikan sokongan penuh kepada permohonan pelajar ini untuk mendapatkan bantuan laptop bagi memudahkan beliau mengikuti pembelajaran secara atas talian (online).

“Tambahan pula, sekarang ini kebanyakkan sesi pembelajaran institut pengajian tinggi diadakan secara atas talian.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar ini dan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Negeri Sembilan di atas kelulusan permohonan pelajar ini,” kata Ravi.

Mewakili Ravi, Pegawai Khas beliau K.Thilagavathi menyerahkan komputer riba kepada Shankiri.

Show More

Related Articles

Back to top button