BeritaProgram

PENCAPAIAN PH NS: Kerajaan Negeri bantu 5,147 usahawan kecil

Kerajaan Negeri Sembilan sedang ditadbir oleh Pakatan Harapan sejak 9 Mei 2018.

Daripada 71 tawaran manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebanyak 95 peratus telah dilaksanakan.

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) merupakan salah satu tawaran manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi melahirkan dan memperkasakan lebih ramai usahawan kecil di negeri ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, seramai 5,147 usahawan kecil telah dibantu melalui program TUNS.

“Dana sebanyak RM12 juta telah digunakan untuk membantu 4,147 usahawan kecil dari tahun 2018 sehingga 2021.

“Setiap usahawan kecil yang memenuhi syarat menerima dana kewangan RM3,000 yang tidak perlu dibayar semula.

“Pada tahun ini seramai 1,000 lagi usahawan kecil akan mendapat manfaat dan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini,” kata beliau.

TUNS PLUS perkasa usahawan kecil

Mohamad Rafie berkata, program TUNS PLUS pula program memperkasakan usahawan kecil yang ingin membesarkan perniagaan mereka.

“Pada tahun 2021, seramai 213 usahawan kecil mendapat manfaat dengan peruntukan RM3 juta.

“Setiap usahawan kecil yang layak, menerima pinjaman RM15,000.

“Seramai 200 usahawan kecil dijangka akan mendapat manfaat pada tahun ini dengan dana RM3 juta,” jelas Mohamad Rafie.

Menurut Mohamad Rafie, antara penerima bantuan TUNS dan TUNS PLUS ini ialah pengusaha makanan, kraftangan, andaman, pakaian, produk kecantikan dan peniaga produk secara online.

Show More

Related Articles

Back to top button