BeritaMenarik

PADU dibangunkan seratus peratus penjawat awam

PUTRAJAYA: Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain.

Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli berkata, pembangunan PADU melibatkan keseluruhan kepakaran penjawat awam dan bukan perunding (consultant) atau kontraktor luar.

“Penjawat awam membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta.

“Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan.

“PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023).

“Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat,” katanya.

Rafizi turut menambah, PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.

“Jadi saya tidak terkejut bila ada suara sumbang yang menuduh kononnya pembangunan sistem PADU ini adalah satu pembaziran kerana melibatkan kontrak beratus juta ringgit,” ujar Rafizi.

Show More

Related Articles

Back to top button